Pages

Ads

Wednesday, 19 December 2012

Afidote and Bad news

Assalamualaikum...

Holla!!hi!!...hehe...lama tak update blog nie,malam ni aku nak share pasal event aku 9hb Dec yang lepas..best!ni 1st event Afidote aku join.tahun satu haritu aku tak join as malas mood.Tahun ni je ras tetiba nak p.haha( ada makna tu)??
Actually saja je nak rase event tu camne. Aku dari jam 2pm dah terpacak di Dewan konvesyen Taman Tamadun Islam..Petang tu full raptai..asal aku p awal? sebab aku terlibat as "Penyampai Anugerah".

Ok..let move & continue the story.Aku dapat partner dengan Junior tahun 1..nama fb dia "Ayg Mirul"...nama panggiln aku amirul..nampk tak kebetulan & kesengajaan orang atas (MT) untuk kenakan aku (-.-) tapi it's ok,.dia pun tak kisah.aku lagi tak kisah,bwahahaaha.Ayang tu dah ada bf lorh! bf dia nama Amirul Mukminin..thats why fb dia nama "Ayg Mirul".tu je..hehe


Me and her as num 4th presenter..nervous kowt..coz Lecturers and Dekan Fakulti mai malam tu..
Konsep malam tu "English WeedING"..Best wa cakap lu!!Majlis malam tu smooth Alhamdulillah,belakang tabir aku tak taw la..hope ok jugak.hahaha.Membe aku jadi Mc malam tu,Ijaz and Nad..diorang pandai bawak majlis tu & bagi tak bosan!Membe aku jugak ada join as artis malam tu..macam-macam lagu ada.best der!.....Ada lagu duet and solo.
Ada band dari dakdak tahunn 1.best la.Terhibur hati malam tu.

Sebut pasal makanan?perghhhhhh....memang superb.kitorang bayar untuk paling murah,RM40 sekepala,tapi makanan yang didapatin,huh!!sedap banget. 3x aku makan...sekali makan dengan nasi,lagi 2 times makan without nasi..that's why la aku makin chubby sekarang.hahaha. Orang kata aku senang & happy.Actually aku je tau apa aku rasa..hehehe.Later, I'll on diet la.But for now, BMI aku still normal.Tapi tak elok jugak chubby cenggini,always kena pinch kat pipi.-.-
nasib baikk la HOUSEMATE.^-^

Event habis jam 11pm lebih gitu and habis je event,sesi bergambar..banyak gak la pics untuk malam tu,nanti aku share okay?
Tapi aku takda la pakai smart..simple is better. Tapi ada jugak news tak best aku dapat on that day...Petang tu before raptai,aku dapat panggiln membe baik aku meninggal dunia.Sebak kowt time tu..because from last year, dia ajak aku jumpe,kitorang terpisah almost 5years sebab aku ikut family berpindah dari selangor ke Perak. Kitorang memang rapat..pegi sek sama-sama,solat jumaat and hangout.Seriously aku cakap...aku sedih kehilangan dia,Everything dia story kat aku pasal life dia.

Andai kata ada chance,aku akan cari jalan untuk jumpa dia masa dia hidup.Aku rasa bersalah kat dia sekarang sebab masa dia hidup,aku takda masa jumpa dia.tp Aku akan still ziarah makam dia in future.Al fatihah....untuk arwah Mohd Adam B. Hamid..Semoga rohmu dicucuri rahmat dari Allah SWT Yang Maha Esa.

p/s : Tadi aku ada bagitau nak share pic's kan?Maaf!!!..pic tak boleh nak hupload la pulak,perhaps format tak support.huhu...korang tengok la via fb aku " Amir MIrul "( ad ke yang nak tau?-.-)
.
     
       p/s :: Thanks bagi yang sudi Baca..Nanti aku story lagi okay?





Thursday, 6 December 2012

1 youth program,.

Assalamualaikum reader's

Lama dah gue tak update blog nie asenye...biasa larr hidup tak teratur bila still study ni.Okay!aku sekarang dalam saat-saat yang genting menunggu final exam,so..kelas ganti,asgmnt,presentation datang tak kira masa.Lumrah la kan bagi student,perlu ke mention dalam blog??hehe..aku just share,bagi yang sudi baca..continue k?yang tak nak.......Ermmmm. Dalam duk busy dengan asgmnt,test bagai..boleh pulak aku masuk wad lagi sekali atas sebab yang rare.bukan sebab "unknown allergic" tu..tapi iris & pupil aku cedera kena bola...bola apa,cukup la aku inform ia adalah bola. -.-

Accident nie berlaku two weeks ago..tapi  beberapa hari lepas aku rasa macam dah tak brapa menyenangkan dengan mata yang merah,pening bila berjemur bawah matahari, aku terus p Pusat Kesihatan Universiti(PKU),best wa cakap lu!layanan dia gini(Thumbs up)...korang try buat "(Y)" kat fb...doc & nurse yang rawat aku untuk 1st day..memang aku berpuas hati..sampai 2 bilik aku masuk..it took half an hour to clean & find the prob regarding my eyes..then atas bebola mata aku yang warna hitam tu ada sedikit kesan yang aku tak taw nak explain bahasa sainstifik nie.Doc cakap mata aku kena balut kalau nak healing process cepat.aku pun ikut je la,kluar blik je,aku dah jadi lanun..Owh ya,tuk pengetahuan korang..mata aku yang sakit tu sebelah kanan ye.

On da 1st day,doc ada cakap yang dai risau because aku amik masa yang lama baru nak p jumpa dia,dia cakap mata aku dah half teruk kesan dia..arrrggghhh.aku tak taw nak explain yang teruk tu,sebab dia guna word science...huhu,tu la,time sekolah dulu.belajar  memain..okay!doc tu cakap kalau mata aku still tak ok,aku kena refer kat klinik pakar mata. Aku kena perli der dalam blik dia..dia cakap wat gapo tak mari lepas "bln = sebulan" ( ayat ganu)....aku senyum je la,ingtkn dia cair..tapi dia guy tak kan cair dengan aku..hahaha.

Semalam aku p lagi wad..awal pagi b4 kelas start, nak p kelas jam 11am tu..& once again,aku kena check mata..nurse tu cuci mata aka dengan satu beg air,ada 2 drop yellow liquid dia masukkan dalam mata aku untuk detect mende ntah.Syukran Alhamdulillah..healing process occur dengan cepat. Dia cakap kalau aku tak ikut cakap dia( jangan buka balutan till tomorrow morning)..mesti aku dah kena refer kat pakar.Tak moh deh aku stay wad or keluar masuk wad..seriously borink!!_the end_

Ini bukan story yang aku nak share sebenarnya....kat atas tu sampingan je.Sabtu lepas kelab aku ada organized program 1 Youth!!.happening giler wa cakap lu!! mengikut tentatif yang di buat..sepatutnya jam 8am gerak p kg Gong Baru, Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu,tapi atas cuaca yang memag tak diizinkan..delay la konvoi pagi tu...hujan memang lebat gile,dari umah sewa nak p kumpul dalam u,aku dah basah gle..then konvoi jugak p sna coz tak nak delay lame2..kesian org kg tunggu^^..

Two bus,five keta & almost 40++ moto konvoi with police askot depan belakang..best kowt feeling pagi tu,evn ujan lebat,tapi perasaan konvoi & khidmat bakti yang dah membuak-buak la wat kitorang tetap p kg tu dalam keaadan yang hujan.Almost 25min la journey tu sebab hujn kan..tapi semua safely arrived.syukur Alhamdulullah. Kitorang di sambut dengan Silat's show oleh 2 budak cilik..then acara perasmian berlaku tak lama lepastu. Breakfast laaaa yang aku tunggu-tunggu,biasa ler time hujan & sejuk..dapat hot tea memang superb la..hehe

Then aktiviti gotong royong..ktorg dipecahkan ke beberapa buah group,ada yang dapat part tali air,surau,memasak, & p rumah ke rumah untuek pngagihan saguhati..seriously best!!^^.then dalam jam 1pm camtu kitorang dberi parent angkat,group aku yang almost 20 person dapat pejabat!huh??bukan rumah?..yup..pejabat yang juga rumah pemulihan akhlak bagi mereka yang terlibat dengan dadah.  "Rumah pejabat nie ",,mereka yang secara suka rela boleh datang dan menginap di sini untuk proses pemulihan.Apa yang kitorang tahu..proses nie tak ambil masa yang lama..just for 1-2 month. Semua kelengkapan ada dan lengkap..& kebajikan ditanggung fully oleh governmnt. Not bad suasana dalam tu...diorang solat berjemaah dalam surau plus ada jadual giliran siapa " azan,iqamah,& imam "..diorg jugak masak sendri dan ada ruang rehat seperti tempat tonton (tv=formalnya televisyen).

Kitorang mandi,solat & rest kat "rumah pejabat " tu dalam 1 hour..then terus p next place.Sampai je sana..org tak ramai lg..aku amik kesempatan nie for karok..haha,Petang tu aktiviti more to padang la..and cuaca Alhadulillah ok..panas kowt..huhu.aku dapat green peace group..guy ada 5-6 orang je...sadis2....huh!so,semua kena take part dalam tiap aktiviti yang dipertandingkan. Gurl pulak ada la dalam 10 orang..group-group lain ramai.Not fair right??hehe...tapi tak apa.untuk suka-suka je.fuhhh

At 5 pm...acara penutup!,Dekan fakulti aku datang woooo..^^.susah dekan nak turun padang untuk certains program,tapi program kitorang dia dapat luangkan masa sikit untuk perasmian penutupan program yang kitorang anjurkan..bangga sieyh!!..majlis penutup pulak lama,ucapan orang tu orang nie..memasing dah penat,so..dengar je.time penyampaian hadiah,smua macam dah recharged energy sebab bersorak untuk group memasing..and finally group Brown yang menang.Congrats!^-^

Jam 7pm sampai rumah sewa..jam 8pm ada kelas Port & Shipping,korang rasa aku p tak kelas malam tu?okay then..sampai sini je entry kali nie..

p/s : Thanks bagi sesape yang sudi baca blog nie..

Wednesday, 28 November 2012

Ride To La Hot Spring

                                                  Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum

Post kali nie aku nak share pasal last weekend aku dengan membe-membe Mapem ( kelab kos aku). Pagi yang cerah nun damai di sana,kami berkumpul jam 7.30 a.m di perkarangan masjid, kalau ikutkan tentatif..7.30++ nak gerak,tapi biasa la janji melayu..haha (gurau2), 8.30 baru gerak.so...our journey begin here,we move to La Hot Spring 1st.  48 buah motor dan 4 buah kereta terlibat untuk menjayakan program ni..pergh..2nd konvoi yg ak follow seramai gini.  Btw, sabtu nie rasanya akan jadi 1st konvoi aku yang ramai  coz dianggarkan 90++ akan konvoi dgn moto...excited der!!!!!

Ok,move on..ktorg stay kat kolam air panas tu kejap je,dalam 40min,tapi before nak sampai kolam tu,ada 2 orang membe excident  motor..huhu,hilang kegembiraan tu kejap.diorg dihantar kat klinik kesihatan yang terdekat, Alhamdulillah memasing takda cedera teruk,juz luka & DAPAT MC!!!haha...tu yang best kalau  bagi aku la. kitorang sampai kolam air panas tu lebih kurang jam11am. Dah lepak-lepak jap,memasing tak sabaq habaq ang nak mandi air terjun..so,ktorg gerak ke Lata Tembakah.pergh view dia...memang terbaik la!!ada pic aku upload tuk korg tengok kat bawah nie.

Air terjun Lata tembakah,memang best gile view kat sana..lagi best dari Air Terjun Sekayu yang pernah aku share post dulu.(pelik ayat aku). Ok,bila view dah cantik,lunch box pun mesti la sedap!hehe...Nasi ayam dan Satey,sedap boh...
satey pun ayam kowt. aku p sana naik EX5,balik naikk LC..best gile orang ada banyak motor (pinjam) nie.hahaha

Ok2..kitorang stay sana sampai 4.30p.m..hujan adalah probs terbesar kitorang time blk.lebat gle,delay sejam kat sana.Tapi siap dah la solat zohor dan asar terus. Time balik memasing dah penat,so...konvoi tu jadi agak perlahan,dalam jam 7p.m sampai kat gate belakang Unisza..jiran kitorang je Unisza ni.malam tu jam 8pm ada kelas Port & Shipping..pergh...memang terbaik.Cer korang guesss,aku p tak kelas mlm tu???mesti la p..

Malam tu jugak adalah malam last pesta konvo untuk U aku..sedih class abis late,time p pesta, Kumpulan HIJJAZ last artis & show kitorg sempat tengok..huhu.tapi not bad la,memasing dah penat dari pagi sampai malam berKONVOi. Then, ada kelas malam tu..so,mood ( natural) jerrrrr.

Opss!!!!terlupa,sehari before nak konvoi,aku dengan housemate aku tak tido wa cakap lu sebab nak setlekn asgmnt Admiralti Law ( Puan Mariam ) stay sampai jam 6 am..tido kejap, 6.30 am bangun solat,then kul 7.30 am berkumpul untuk start konvoi. Huh! memang penat...aku boleh nak terlelap atas motor,gila lahhhh! bahaya macam tu,so, korang jangan ikut perangai aku yang nie ok?!
time balik,membe aku dah ngantuk,aku take over.hehe..tapi tu semua pengalaman kowt,memangggggg best.!!!





p/s : Ok larr..aku rasa sampai sini je la post kali nie,ada mse free,kita jumpe in the next entry ok?^^

Thank You



Thursday, 16 August 2012

Maafkan aku Ya Allah...

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Diantara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkan bila hati
Tak setia mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berjalan
Semua berakhir padaMu

Credit : Opick - Rapuh

p/s = Assalam...lagu yang menyentuh kalbu n menyedarkan akan kekurangan diri ni. Sy berharap sy dpt guide dariNya.

Thanks coz bc lirik nie...nk dgr,sila la bkk youtube ye?.^^

Wednesday, 1 August 2012

My beloved dad!

Salam...

2 Ogos 19__
                                                                 My dad & mom

                                                                 With his beloved wife

                                                                   d'   Penang

                                                                       Happy face....

Today is my dad birthday!May Allah bless him & always success in his work.Hope he always happy & get a healthy body.He become my role model since my childhood time..this weekend, we gonna celebrate his birthday surprisely..hope he like it!We (my mom & my siblings) LOVE YOU so much dad!

Friday, 20 July 2012

Ramadan month

Assalamualaikum...
Finally ramadan datang lagi..Alhamdulillah,dapat lagi kita bertemu dengan bulan yang penuh barakah nie.^^
Hope amal ibadah thn nie much better dari tahun lepas.


                 InsyaAllah, buat ikut kemampuan & istiqamah





                                          Once again...may Allah bless us this month.Amin...


Terima Kasih.

Saturday, 2 June 2012

Words on today.

Assalamualaikum

1) Jangan sesekali meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun sekadar SENYUMAN.
2) Dunia ini umpama lautan yang luas, kita ADALAH kapal yang belayar dilautan namun banyak kapal yang karam  didalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya INDAH tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur, KERANA kejujuran itu terlalu penting dalam ssebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup selalu menjadi mainan orang.
5) Ikhlaslah MENJADI diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
6) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada INSAN yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
7) Seseorang YANG bijak mengeluarkan kata-kata, selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
8) Kekayaan bukanlah suatu dosa dan kecantikan bukanlan suatu kesalahan. Oleh itu jika anda MEMILIKI kedua -duanya, janganlah anda lupa kepada Yang Maha Berkuasa.
9) " Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari SAHABAT dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."
10)" Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang TERBAIK dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecermelangan."

Terima kasih bagi yang baca_

Wednesday, 30 May 2012

Ilmu (Hope Bermanfaat)

Jiwa yang Agung
Jika engkau dizalimi, jangan berbuat zalim
Jika mereka mengkhianatimu, janganlah engkau khianat
Jika engkau dianggap pembohong, janganlah engkau marah
Jika engkau dipuji, janganlah engkau gembira
dan...Jika engkau dicela, kawal dirimu.

Kunci Pintu Hati
Perdalamilah agama Allah, kerana memperdalami agama adalah kunci hati dan faktor utama untuk mencapai  kedudukan yang tinggi di dalam agama dan dunia. Dan keutamaan seorang "faqih" atas seorang abid bak keutamaan matahari atas bintang2, dan barang siapa enggan mendalami agamanya, maka Allah tidak akan pernah merelai amalannya.

Orang Mukmin
Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya, dan sebaik - baik kamu ialah yang baik kepada isteri

Mutiara kata dlm islam
Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepadaNya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaan mu tulus, tentu engkau akan taat kepadaNya. Kerana sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu akan taat kepada yang ia cintai

Terima kasih.

Saturday, 19 May 2012

Coursemates Mapem

A'zim & Ery

same here

Faizi & Is

 Me & Faizi


 Yen & Is

Is & Azam

 Hamka & Anje

My stall

 Donut

Azam

Is, Yen, A'zim

Yen & A'zim

 Azam

Yen (leader)

 Iskandar

Is, Pok tazz

Terangganu Trade Centre (T.T.C)

Salam...

Alhamdulillah..selesai jugak task berniaga di ttc for 3days. Penat dah jadi lumrah dalam apa jua kerje,hehe.1st day hari paling penat der...berulang pi Giant & Mydin cari barang nak jual..Aku satu group dengan membe-membe rapat aku juga. Is,yen & a'zim

Hari nak berniaga baru pi cari,memang terbaik!hahahah.....start 8 pagi till 10 malam.huhu, seriously penat. 2nd day pun sama...lagi meriah berbanding 1st day coz orang luar mula masuk ttc.1st day just full with UMT student. 

Tiga hari ekspo karnival keusahawanan, ada 10 kelas participate & lebih kurang 50 gerai and above if im not mistaken..huh!,Hari yang memenatkan der because esok dah start kelas....assignmnt kena submit,test lagi,presentation before final..fuuhhhh!ponat den_hehe,

Study week pun tak ada...trima je dengan senyuman.hehe. Like before, I'll upload some pictures to share.....k,daaaaa.wassalam.

Thank you!

Saturday, 14 April 2012

" Quotes "

Assalamualaikum_

 " The higher your energy level, the more efficient your body. The more efficient your body, the better you feel   and the more you will use your talent to produce outstanding results " - Anthony Robbins

 " The pessimist sees difficulty in every opportunity. The optimist sees opportunity in every difficulty. " - Winston Churchill

" The important thing is not being afraid to take a chance. Remember, the greatest failure is to not try. Once you find something  you love to do, be the best at doing it. " - Debbi Fields

Thank you for reading!

Thursday, 12 April 2012

Doa dan harapan

Ya Allah, anugerahkanlah aku pujian,
nama baik dan kejayaan,
Ya Allah, tiada kejayaan tanpa karya,
dan tiada karya tanpa kekayaan.
Anugerahkan aku kekayaan 
yang dapat membawa kepada pencapaian 
nama baik dan kejayaan.

-Doa Sa'id bin 'Ubadah, sahabat Nabi Muhammad S.A.W.-

#Terima Kasih kepada yang sudi baca entry kali ni.

Ya Quddus..

Wahai Allah, pemilik kesucian tanpa noda dan cacat,
Aku mohon pada-Mu, kiranya engkau berkenan
Menurunkan ke-Quddus-an-Mu kepadaku, supaya dapat aku
Bersihkan hati dan fikiranku
Daripada fikiran-fikiran negatif
Pada-Mu dan pada seluruh makhluk-Mu,.
Jangan Kau biarkan aku merasa bersih dan suci
Atas apa yang aku ucapkan dan aku lakukan
Padahal, Engkau tahu apa yang aku ucapkan dan lakukan itu
Sangat engkau benci.
Namun, Engkau mendiamkan,
Kerana Engkau tahu batas-batas akalku.

#Thanks bagi yang sudi baca

Sunday, 8 April 2012

Senda gurau.

Salam guys

Moh baca!

UJIAN
Ibu : Tirah,kau dah ambil ujian Math?
Atirah : Sudah, ibu!
Ibu : Kau dapat semua betul?
Atirah : Tak, lima saja yang salah.
Ibu : Tak mengapalah. Berapa soalannya?
Atirah : Lima saja
Ibu : @#%*!!!!

Buang
Abang :  Alia, sudahkan Alia buang kucing itu?
Alia : Sudah, Abang.
Abang : Bagus,mana Alia membuangnya?
Alia : Di dalam sungai, abang.
Abang : Kenapa Alia buang dalam sungai?
Alia : Bukankah dalam sungai ada banyak ikan? Senanglah ia mencari makanan nanti..

Thank you for reading

Waktu mustajab BerDoa.

Assalamualaikum.

Sekadar perkongsian_

1. Semasa Lailatul-Qadar
2. Ketika hujan turun
3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat
4. Di tengah malam
5. Di antara azan dan iqamah
6. Ketika sujud dalam solat
7. Ketika iktidal akhir dalam solat
8. Ketika khatam (Tamat) membawa 30 Juz Al-Quran
9. Di antara waktu zuhur dan asar


Thank you for reading

Saturday, 3 March 2012

Sekayu Waterfall


Salam...

Hari ni pi mandi ayaq terjun kat Kuala Berang,Memang best..mula2 banyak prob jadi.keta ada prob,ujan lagi,tunggu membe2 kumpul.tak smooth macam yang di plan.hehe...tapi tak apa,dah sampai situ,hilang der semua perasaan  tak best tadi. Kawasan dia memang menarik..tempat rehat ada, kemudahan toilet & surau, plus dewan serbaguna...
not bad pengembaraan harini..makanan pun sedap.thanks to my membe "Kay". dia masak puding & mee hun.bakar ayam lagi...memang puas hati wa cakap lu. Ok guys...dah maghrib,till then, nukilan harini.



"Rumah membe gua (Yen) pun area Kuala Berang which is Sekayu ni area hulu Terengganu"

#Wassalam...

Thank you for reading.
T..

Monday, 13 February 2012

Jika Aku Jatuh Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku mencentuh hati seseorang yang hatinya terpaut padaMu
Agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hati aku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati kepada kekasihMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan abadi
hanya kepadaMu

Amin
Ya Rabbal Aramin

Friday, 3 February 2012

Mutiara kata.

Assalamualaikum_

Today sentence..

Kadang-kadang sesuatu pengalaman yang pahit menjadi kekayaan jiwa yang tinggi mutunya. Ia menjadi kenangan yang amat indah bagi menjadikan hidup lebih matang. Suatu hari nanti, kita pasti mengucapkan syukur yang setulusnya dan setingginya kerana tuhan berkenan mendatangkan kesulitan itu kepada kita pada masa lampau...

-Prof Dr. Hamka, dalam Tafsir al Azhar-

Tuesday, 31 January 2012

Rasulullah ketua keluarga mithali

Salam...just nak share to all

Sifat lemah lembut baginda SAW jelas terpapar dalam satu situasi,pernah baginda pulang pada waktu pagi yang kebetulannya baginda teramat lapar ketika itu.Akan tetapi apabila dilihatnya tiada apa pun untuk menjadi sarapan. Lalu baginda bertanya : " Adakah masih belum ada sarapan wahai Humaira?" ( Humaira adalah panggilan mesra untuk Saidatina Aisyah ) yang bererti pipi yang kemerah-merahan...Maka Saidatina Aisyah menjawab dengan agak serba salah.." Belum ada wahai Rasulullah ". Rasulullah SAW lantas berkata : "Jika begitu saya berpuasa sahaja hari ini " tanpa sedikit tergambar  rasa sekelumit kemarahan dan kekesalan pada raut wajah baginda.

Rasulullah SAW, kekasih Allah.
Contoh umat di akhir zaman.

Sunday, 29 January 2012

Cara menguruskan emosi!

6 tip yang boleh diamalkan..

Assalamualaikum 

Hati terbuka - Sebagai manusia, kita harus akui yang kita tidak terlepas daripada masalah. Ada hari baik dan ada hari biruk. Ada cuaca cerah ada juga cuaca hujan. Ia adalah sebahagian dari kitaran hidup dan alam ini. Jadi belajarlah untuk menerima setiap musibah yang menimpa anda sebagai daripada kitaran hidup anda untuk menjadi lebih matang dan berjaya.

Elak dari rasa rendah diri - Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau anda pekerja paling bawah di dalam pejabat, anda tetap penting kepada kejayaan syarikat anda. " Kita semua ada hak untuk menjadi diri kita sendiri di dunia ini."

Jadi pendengar yang baik - Kita tidak hidup berseorangan. Masalah kita mungkin turut menjadi masalah orang lain. Kita hanya perlu buka hati pada orang lain untuk melihat kita tidak keseorangan. Mungkin orang di tepi meja anda mengalami masalah yang sama.

Dengar musik(my favourite) - Ini kaedah paling mudah. Anda tidak perlu keluar pejabat untuk ambil angin. Pasang sahaja earphone dan dengar lagu sambil menyiapkan kerja anda. Lama-lama kerja yang berat akan terasa ringan.

Pemakanan seimbang -  Letakkan ais krim coklat, kalau anda sedang makan sekarang. Orang selalu akan cari benda manis untuk hilangkan stress. Memang akan hilang sekejap stress namun dalam jangka masa panjang akan memberi kesan buruk kepada kesihatan kita. Apabila badan sihat, kita akan lebih bersemangat untuk menjalankan kerja harian.

Fokus - Tentukan apa yang anda inginkan dalam hidup anda sekarang. Kemudian senaraikan apa yang perlu didahulukan dan apa yang boleh ditangguhkan dahulu.Bila emosi kita terganggu, dunia ini nampak seperti akan terbalik ke atas kepala kita. Namun, kalau kita belajar untuk fokus, kita akan tahu bagaimana untuk seimbangkan keinginan hidup kita.

Thank you for reading!

1st degree Student

Salam..

Alhamdulillah akhirnya aku dah nak meneruskan pengajian untuk sem 2 mulai 19 feb..hopefully result aku di sem 1 gempak..& Insyaallah aku akan lebih berusaha di sem 2 ini. Umt adalah tempat aku menimba ilmu selama 3 & and half year Insyaallah..banyak halangan dan ujian meski baru 1 sem di sana..
But....never mine,
Because that show how life is going on..hehe.
19 days left 4 me at home..miss my family so much.there are everything 4 me..

 * 2 weeks before fly to terengganu
 * Just coming back from PLKN

to be continue...

Thanks for reading !

Saturday, 21 January 2012

Perkongsian Bersama.

ReNungAN....

Yang meninnggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan keyurunan seseorang - (aristotle)

Apabila sempurna akal, kurang perkataan - ( Saidina Ali b. Abi Talib)

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

Thanks for reading !

Pengenalan~

Assalamualaikum w.b.r..

Im Amirul hamizan B. Sahapuddin, currently im 21 years old. Hope this blog will be my diary that I can share my memories with readers, Please guide me.

" Dont judge a book by its cover"

Night everyone.