Jiwa yang Agung
Jika engkau dizalimi, jangan berbuat zalim
Jika mereka mengkhianatimu, janganlah engkau khianat
Jika engkau dianggap pembohong, janganlah engkau marah
Jika engkau dipuji, janganlah engkau gembira
dan...Jika engkau dicela, kawal dirimu.
Kunci Pintu Hati
Perdalamilah agama Allah, kerana memperdalami agama adalah kunci hati dan faktor utama untuk mencapai kedudukan yang tinggi di dalam agama dan dunia. Dan keutamaan seorang "faqih" atas seorang abid bak keutamaan matahari atas bintang2, dan barang siapa enggan mendalami agamanya, maka Allah tidak akan pernah merelai amalannya.
Orang Mukmin
Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya, dan sebaik - baik kamu ialah yang baik kepada isteri
Mutiara kata dlm islam
Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepadaNya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaan mu tulus, tentu engkau akan taat kepadaNya. Kerana sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu akan taat kepada yang ia cintai
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment