6 tip yang boleh diamalkan..
Assalamualaikum
Hati terbuka - Sebagai manusia, kita harus akui yang kita tidak terlepas daripada masalah. Ada hari baik dan ada hari biruk. Ada cuaca cerah ada juga cuaca hujan. Ia adalah sebahagian dari kitaran hidup dan alam ini. Jadi belajarlah untuk menerima setiap musibah yang menimpa anda sebagai daripada kitaran hidup anda untuk menjadi lebih matang dan berjaya.
Elak dari rasa rendah diri - Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau anda pekerja paling bawah di dalam pejabat, anda tetap penting kepada kejayaan syarikat anda. " Kita semua ada hak untuk menjadi diri kita sendiri di dunia ini."
Jadi pendengar yang baik - Kita tidak hidup berseorangan. Masalah kita mungkin turut menjadi masalah orang lain. Kita hanya perlu buka hati pada orang lain untuk melihat kita tidak keseorangan. Mungkin orang di tepi meja anda mengalami masalah yang sama.
Dengar musik(my favourite) - Ini kaedah paling mudah. Anda tidak perlu keluar pejabat untuk ambil angin. Pasang sahaja earphone dan dengar lagu sambil menyiapkan kerja anda. Lama-lama kerja yang berat akan terasa ringan.
Pemakanan seimbang - Letakkan ais krim coklat, kalau anda sedang makan sekarang. Orang selalu akan cari benda manis untuk hilangkan stress. Memang akan hilang sekejap stress namun dalam jangka masa panjang akan memberi kesan buruk kepada kesihatan kita. Apabila badan sihat, kita akan lebih bersemangat untuk menjalankan kerja harian.
Fokus - Tentukan apa yang anda inginkan dalam hidup anda sekarang. Kemudian senaraikan apa yang perlu didahulukan dan apa yang boleh ditangguhkan dahulu.Bila emosi kita terganggu, dunia ini nampak seperti akan terbalik ke atas kepala kita. Namun, kalau kita belajar untuk fokus, kita akan tahu bagaimana untuk seimbangkan keinginan hidup kita.
Thank you for reading!
No comments:
Post a Comment