Pages

Ads

Saturday, 2 June 2012

Words on today.

Assalamualaikum

1) Jangan sesekali meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun sekadar SENYUMAN.
2) Dunia ini umpama lautan yang luas, kita ADALAH kapal yang belayar dilautan namun banyak kapal yang karam  didalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya INDAH tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur, KERANA kejujuran itu terlalu penting dalam ssebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup selalu menjadi mainan orang.
5) Ikhlaslah MENJADI diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
6) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada INSAN yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
7) Seseorang YANG bijak mengeluarkan kata-kata, selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
8) Kekayaan bukanlah suatu dosa dan kecantikan bukanlan suatu kesalahan. Oleh itu jika anda MEMILIKI kedua -duanya, janganlah anda lupa kepada Yang Maha Berkuasa.
9) " Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari SAHABAT dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."
10)" Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang TERBAIK dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecermelangan."

Terima kasih bagi yang baca_

No comments:

Post a Comment