Salam...just nak share to all
Sifat lemah lembut baginda SAW jelas terpapar dalam satu situasi,pernah baginda pulang pada waktu pagi yang kebetulannya baginda teramat lapar ketika itu.Akan tetapi apabila dilihatnya tiada apa pun untuk menjadi sarapan. Lalu baginda bertanya : " Adakah masih belum ada sarapan wahai Humaira?" ( Humaira adalah panggilan mesra untuk Saidatina Aisyah ) yang bererti pipi yang kemerah-merahan...Maka Saidatina Aisyah menjawab dengan agak serba salah.." Belum ada wahai Rasulullah ". Rasulullah SAW lantas berkata : "Jika begitu saya berpuasa sahaja hari ini " tanpa sedikit tergambar rasa sekelumit kemarahan dan kekesalan pada raut wajah baginda.
Rasulullah SAW, kekasih Allah.
Contoh umat di akhir zaman.
No comments:
Post a Comment